Quantcast
Channel: Umum Dan Spesifik
Viewing all 48 articles
Browse latest View live

Keputusan Malaysia Vs Thailand 9 Disember Piala AFF Suzuki 2012

$
0
0
Tahniah kepada Mat yo, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol pada minit ke-48, Tetapi malang keputusannya adalah seri, Pemain Thailand Teerasil Dangda menjaringkan gol pada minit ke-79, Malaysia 1 Thailand 1.

Harimau Malaya terpaksa menghadapi persaingan lebih besar pada separuh masa kedua di Bangkok Piala AFF Suzuki 2012 Stadium Supachalasai Khamis ini 13 Disember.

Peluang untuk menang ke separuh akhir kedua ini amat berat sekali, Harimau Malaya perlu berusaha keras lagi dan perlu lawan bermatian-matian.

Biar pernah kalah 2-0 kepada Thailand (persahabatan di Bangkok 7 November lalu), Sekarang ianya berbeza, jangan takut dengan lawan, Harimau Malaya bolehhh...Tunggu separuh akhir kedua di Thailand nanti.

Gambar dari rakan saya Photograper credit facebook.com/hizamir


Durian crepe sedapnya nyam nyam

$
0
0
Saya sebenarnya dapat tahu durian crepe ini daripada rakan-rakan blogger. Akhirnya saya dapat merasa juga sedapnya durian crepe ini nyam nyam...

Setiap hari saya tertanya-tanya betulkah sedap durian crepe ni?tak pernah dengar pun, rupa-rupanya ia sebenarnya durian bantal. Bentuknya pun jarang dilihat, mungkin zaman sekarang sudah moden ia dinamakan durian crepe ala-ala orang putih kot...

Sudah lama saya pendam dan mengidam bila kawan-kawan kata ianya sedap, akhirnya saya dapat makan bersama isteri saya, itupun saya dapat makan sekali sahaja. Ya memang benar sedap sangat tak terhingga, sekali makan rasa nak lagi.

Lihat rakan blogger yang lain menceritakan tentang durian crepe ini

Akubiomed
Amirez
Cikgu Naman ( Siap resepi sekali)
Benashaari ( boleh order lokasi Putrajaya)

Durian crepe hanya boleh makan 2 orang jer dengan isteri huhu...


Live Streaming Malaysia Vs Thailand 13 Disember Piala AFF Suzuki 2012

$
0
0
Malam ini 13 Dsember 2012 perlawanan antara Malaysia Vs Thailand di Bangkok Stadium Supachalasa pada pukul 7.55 malam. Perlawananan berlangsung di siaran RTM Tv1. boleh lihat juga diLiveStreaming RTMTV1 (klik sini)

Sebelum ini separuh akhir pertama di tempat sendiri Mat yo, Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol pada minit ke-48, tetapi malang keputusannya adalah seri, Pemain Thailand Teerasil Dangda menjaringkan gol pada minit ke-79, Malaysia 1 Thailand 1 separuh akhir pertama.

Singapura mara ke perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2012 selepas mengalahkan Filipina 1-0 pada separuh akhir kedua di Stadium Jalan Besar, Singapura malam semalam.
 
Kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada separuh akhir pertama di Stadium Memorial Rizal, Manila, Sabtu lepas. Ini lah peluang baik untuk Harimau Malaya bertemu kembali pasukan lawannya yang pernah tetewas perlawanan sebelum ini dengan Singapura. 

Semalam Pasukan Harimau Malaya membuat aduan mendapat layanan buruk di Thailand, Saya kecewa mereka disana diberikan tempat latihan yang dipenuhi becak dan tempat terbuka di sekeliling orang awam, sedang kan Mereka (Pasukan Thailand)diberi layanan tidak seperti ini ketika peralawanan separuh akhir pertama di tempat sendiri.

Gambar dari Berita harian Pasukan Harimau Malaya membuat latihan di Stadium Expressway
Mereka berlatih di padang yang menyerupai bendang, sepatutnya pasukan Harimau Malaya tidak layak berlatih di padang awam untuk kejohanan peringkat Asia Tenggara.

Mereka sudah membuat aduan ketidakselesaan untuk berlatih di padang awam ini. Mereka dipindahkan pula menjalani latihan di sebuah stadium kecil yang dikenali Stadium Dhebhasadin, berhampiran di Stadium Supachalasai.

Tak sempat uji padang di Stadium sebenar, Sepatutnya mereka menguji padang Stadium Supachalasa sebelum memulakan perlawanan malam ini. Alasan penganjur katanya untuk menjaga kualiti padang sebelum perlawanan sebenar bermula.

Biar layanan mereka tidak memuaskan, harap pasukan Harimau Malaya tidak beputus asa, demi maruah negara, Biar rugi tidak dapat mebuat latihan penuh, Harap pasukan Harimau Malaya kekal kekuatan tempur untuk perlawanan ini.

Gambar dari Berita harian Padang awam di Stadium Expressway mempunyai jaring gol koyak.

Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke -5

$
0
0
Malam ini 14 Disember 2012 sedang berlangsung maharaja lawak mega 2012 minggu ke-5 di channel astro warna 132 dan 134 (HD). Persembahan mereka berlangsung di MBSA Auditorium Shah Alam.

Minggu lepas keputusan penyingkiran telah diputuskan oleh pihak juri sendiri, Mereka yang tersingkir dengan makah yang paling rendah. Sila lihat sini Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke-4

Peserta yang bakal memeriahkan di pentas tersebut adalah antaranya 8 peserta dan juga lelaki kacak iaitu, , Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez), Shiro (Shahrol dan Ajak), Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman) dan Saywho (Eko, Bocil dan Vicha)

Anda boleh menonton persembahan minggu lalu di bawah

Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 1 (video penuh)
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 2
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 3
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 4



Lihat undian terkini

JOZAN 42%
SHIRO 27%
BOBOI 11%
JAMBU 9%
SABON 4%
R2 3%
SAYWHO 2%
BJ 1%

Minggu ini mereka perlu melakukan persembahan bertemakan Muzikal, Persembahan pertama peserta Shiro....terbaik...paling best sekali hehe...Saksikan video di bawah...

Persembahan kedua peserta Boboi, lawak muzikal tentang gangster di dalam karaoke. Saksikan video di bawah...
Persembahan ketiga peserta sabon, lawak muzikal versi jawa, oppa jawa style...lawak yang kurang menyerlah saksikan video di bawah....
Persembahan keempat peserta dari indonesia The bandung Jokers, lawak muzikal tentang budak sekolah Upin dan Ipin....Saksikan video di bawah...
Persembahan kelima peserta R2, lawak muzikal suasana di kubur....Manusia bertemu dengan hantu...komen awie mereka mempersendakan lagu kemerdekaan...
Persembahan keenam peserta Jozan, lawak muzikal suasana audition teater muzikal...Jozan walaupun undian semakin jatuh tetap terbaik...saksikan video di bawah....
Persembahan ketujuh peserta Saywho, persembahan terbaik, mereka bijak membuat persembahan dan mudah difahami...terbaik...saksikan video di bawah...
Persembahan terakhir peserta Jambu, memang terbaik walaupun wajah mereka seperti legend tapi hati cute hehe...mereka bawa lagu muzikal rap....terbaik...saksikan video di bawah...
Berakhir lah persembahan pada minggu kelima ini, keputusan telah diputuskan oleh juri awie. Pada minggu ini  tiada penyingkliran.
Saya sudah agak sudah pasti tiada penyingkiran minggu ini kerana bagi saya ianya terlalu awal untuk habiskan terlalu cepat musim Maharaja lawak mega 2012 ini...
Shah Alam Peace yoooo....:)

Hari keluarga Mess PDRM Gresysand Port Dikcson

$
0
0
Minggu hadapan 23 Disember 2012 inshaAllah saya akan pergi bercuti bersama keluarga ke Melaka, Buat masa sekarang saya sedang mencari hotel untuk menginap di sana.

Mengimbas kembali sebelum ini ada hari keluarga sudah lama diadakan pada tahun lepas Julai 2011 di Port Dickson Mess PDRM Greysand, saya menginap di rumah peranginan.

Ramai yang tidak tahu lokasi kami mengninap di tempat ini. Untuk makluman kakitangan kerajaan/PDRM sahaja yang layak menduduki rumah peranginan dengan kadar sewa yang amat rendah.

Masa bersantai yang nyaman dan selesa, Pelbagai aktiviti kami lakukan seperti memasak, berkaraoke, sukaneka, bercanda di pasiran pantai dan sebagainya.

membuat persiapan untuk memasak barbeque...
Tujuan kami ke sana buka sahaja untuk bersantai sahaja, ia bertujuan bagi merapatkan silatulrahim antara ahli keluarga di kalangan kakitangan awam dan aggota PDRM. 


Juga mewujudkan rasa kasih sayang diantara sesama kakitangan dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.
bekerjasama bagi menjayakan aktiviti ini...air yang diminum ini telah disediakan oleh kebajikan untuk mereka yang melakukan kerja ini
Persiapan hadiah untuk pemenang 
Nasib baik ada air minuman, kalau tidak ke laut nanti kami akan minum hehe...
Persiapan untuk memasang P.A System untuk berkaraoke dan ucapan...
Gadis-gadis bagi menceriakan lagi aktiviti-aktiviti ini....
Sekepas solat maghrib, aktiviti dimulakan memasak barbeque
Mereka yang banyak main suka bermain api hehehe...
Barbeque segera...cepat masak, cepat dapat makan hehehe....
Sesi berkaraoke bermula, saya suka suara kak long ni..sebab dia lah antara mereka suka-suka jer karaoke paling merdu sekali...

Cuba teka lagu apa dia nyanyi hehehe...
ini adalah bos saya dan isterinya...kami selalu panggilnya dengan nada panjang "ORANG LAMAAAA" hehe...sekarang sudah pencen 58 tahun..

Sesi menari....mereka berdua sahaja yang menari dan yang lain hanya menonton sahaja hehe...
Lihat Affan bersama ibu-ibu hehe...sangat berbeza kan, masa tu umur Affan baru 7 bulan...Lihat perbezaan dulu dan kini di siniMandi bersama anak di Bukit Merah laketown Waterpark
Keesokan pagi kami melakukan aktiviti poco-poco...
Aktiviti menaiki ' Banana Boat'

Aktiviti bercanda di pasiran pantai hehehe....
Saya menerima hadiah cabutan bertuah...

Gambar sekeluarga semua menjayakan aktiviti Hari keluarga ini...
Terima kasih kepada bos saya ASP Mohd Basharuddin menganjurkan majlis hari keluarga ini di Mess PDRM Greysand Port Dickson.

Juga jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua warga PDRM yang telah memberi komitmen yang baik bagi menjayakan aktiviti ini.

Mess Greysand PDRM,
Port Dickson Batu 10 1/2 ,
Jalan Pantai Teluk Kemang,
Negeri Sembilan

Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke -6

$
0
0
Malam semalam, maaf terlewat update terkini, 21 Disember 2012 sedang berlangsung maharaja lawak mega 2012 minggu ke-6 di channel astro warna 132 dan 134 (HD). Persembahan mereka berlangsung di MBSA Auditorium Shah Alam.

Minggu lepas keputusan penyingkiran telah diputuskan oleh pihak juri sendiri, tiada penyingkiran dengan markah yang paling rendah, mereka diberi peluang untuk persembahan minggu ini. Sila lihat sini Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke-5

Peserta yang bakal memeriahkan di pentas tersebut adalah antaranya 8 peserta dan juga lelaki kacak iaitu, , Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez), Shiro (Shahrol dan Ajak), Bandung Jokers (Dodon, Amin dan Aman) dan Saywho (Eko, Bocil dan Vicha)

Anda boleh menonton persembahan minggu lalu di bawah

Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 1 (video penuh)
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 2
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 3
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 4
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 5

Lihat undian terkini

JOZAN 54%
JAMBU 19%
SHIRO 15%
BOBOI 6%
SAYWHO 6%
SABON 1%
R2 1%
BJ 1%


Minggu ini mereka perlu melakukan persembahan bertemakan Racangan Tv, Persembahan pertama peserta Boboi....Racangan yang sesuai untuk tontonan budak-budak hehe...Saksikan video di bawah...

Persembahan kedua peserta dari Indonesia Saywho, lawak rancangan masak memasak, chef selebriti. Saksikan video di bawah...

Persembahan ketiga peserta R2, lawak rancangan tv tentang temu ramah pengemis jalanan, Saksikan video di bawah...
Persembahan keempat peserta Shiro, lawak rancangan tv tentang Bersama ku, Shiro bijak mengaturkan langka-langkah untuk menjadikan benar-benar sebuah rancangan tv. Saksikan video di bawah...
Persembahan keenam peserta Sabon, lawak rancangan tv tentang jejak mutiara, lawak seperti jejak kasih. Saksikan video di bawah...
Persembahan ketujuh peserta Jambu, lawak Rancangan Tv tentang rancangan Maharaja Lawak Mega, persembahan paling terbaik pada minggu ini....terbaik.. Saksikan video di bawah...

Persembahan kelapan peserta Bandung jokers, lawak tentang Rancangan betul ke bohong yang dipopularkan dato' Ac Mizal...lawak sangat kurang jatuh merundum minggu ini....Saksikan video di bawah...
Persembahan terakhir peserta Jozan, lawak tentang Rancangan Propaganjil seperti rancangan Propaganza hehehe. Saksikan video di bawah...

Berakhir lah persembahan pada minggu kelima ini, keputusan telah diputuskan oleh juri Wulan Guritno. Pada minggu ini  penyingkiran telah di buat ialah Bandung jokers telah tersingkir.
Apa yang saksikan memang dah diduga peserta ini pasti akan tersingkir, Saya sudah agak sudah pasti peserta ini akan disingkir minggu ini kerana lawaknya tidak ada peningkatan dari minggu sebelum ini Maharaja lawak mega 2012...

Shah Alam Peace yoooo....:)

Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke -7(Tugasan Pertama)

$
0
0
Malam ini 28 Disember 2012 sedang berlangsung maharaja lawak mega 2012 minggu ke-7 di channel astro warna 132 dan 134 (HD). Persembahan mereka berlangsung di MBSA Auditorium Shah Alam.

Minggu lepas keputusan penyingkiran telah diputuskan oleh pihak juri sendiri, tiada penyingkiran dengan markah yang paling rendah, mereka diberi peluang untuk persembahan minggu ini. Sila lihat sini Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke- 6

Peserta yang bakal memeriahkan di pentas tersebut adalah antaranya 7 peserta dan juga lelaki kacak iaitu, , Boboi (Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil), Jozan (Johan dan Zizan), Sabon (Abon dan Sathia), Jambu (Taukeh dan Yus), R2 (Rahim dan Wan Lopez), Shiro (Shahrol dan Ajak) dan Saywho (Eko, Bocil dan Vicha)

Anda boleh menonton persembahan minggu lalu di bawah

Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 1 (video penuh)
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 2
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 3
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 4
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 5
Maharaja Lawak Mega 2012 Episod 6


Lihat undian terkini

JOZAN 40%
JAMBU 19%
SHIRO 18%
BOBOI 5%
SAYWHO 9%
SABON 4%
R2 4%

Minggu ini mereka perlu melakukan persembahan bertemakan Loghat/kembali ke sekolah. Saksikan malam ini.
Persembahan pertama tepukan gemuruh dari penonton peserta nya adalah Jambu, Lawak loghat yang agak slow dan simple, rasanya minggu ini lawaknya tak menjadi sangat. Saksikan video di bawah..


Persembahan kedua peserta Shiro, Peserta yang baru mula digemari penonton, lawaknya lebih dari peserta sebelumnya....Saksikan video di bawah...


Persembahan ketiga peserta Sabon, Dari minggu pertama sehingga sekarang ramai penonton komen Sabon tidak sehebat Osbon dahulu...Saksikan video di bawah...


Persembahan keempat peserta Jozan, Lawak loghat minggu ini terbaik, penonton pun suka, sudah tentu undiannya pasti meningkat lagi. Johan mempunyai masalah kesihatan disebabkan kecederaan kakinya,,,apa-apa pun persembahannya lancar....Saksikan Video Di Bawah...


Peserta kelima peserta Boboi, lawak kurang menyengat minggu ini...saksikan video di bawah...


Peserta keenam peserta R2, Lawak loghat bahasa jepun...Saksikan video di bawah...


Persembahan terakhir tugasan pertama peserta Saywho dari indonesia. lawak loghat amat mudah difahami daripada peserta yang lain..lawak yang best....Saksikan video di bawah..
Berakhirlah tugasan pertama dari peserta...tugasan kedua adalah bertemakan Kembali ke sekolah silah lihat entry seterusnya di sini... http://www.norizwanruslan.com/2012/12/keputusan-maharaja-lawak-mega-2012_1612.html


Keputusan Maharaja lawak mega 2012 minggu ke -7 (Tugasan Kedua)

$
0
0
Entry ini adalah sambungan entry sebelum Maharaja Lawak Mega 2012 minggu ke-7 (Tugasan Pertama) Loghat.

Semua peserta telah melakukan tugasan pertama dengan baik. Kini mereka akan melakukan tugasan kedua iaitu bertemakan kembali ke sekolah.

Tugasan kedua ini lebih mudah dilakukan semua peserta kerana bagi saya lawaknya mudah difahami dibandingkan bertemakan Loghat yang agak sukar untuk penonton faham...

Saksikan video di bawah Persembahan pertama peserta jambu Lawak bertemakan kembali ke sekolah

Persembahan kedua dari peserta Shiro, hebat betul cikgu borhan ini, sporting lagi tu hehee...saksikan video di bawah...

Persembahan ketiga peserta Sabon, kasi cuci....hehe...Cinta monyet di zaman sekolah...Saksikan video di bawah...

Peserta keempat peserta Jozan...persembahan terbaik dari sebelum ini. Tapi malangnya sedang berlangsung boleh pula ada censorde, Saksikan video di bawah...terbaik...

Peserta kelima Boboi, Dah masuk peserta seterusnya terfikir-fikir lawak Jozan tadi apa agaknya dia buat tadi shigga censorde tadi...kenapa astro potong walaupun siaran itu berbayar...ramai orang kata Boboi ni buat persembahan ini lari tajuk.Saksikan video di bawah...
Pesembahan keenam peserta R2, lawak pun boleh tahan best berbanding lawak bertemakan loghat tadi...apa- apa pun terbaik...Saksikan Video di bawah.. 
Persembahan terakhir, peserta Saywho...Mungkin peserta ini paling digeruni peserta lain. Peserta ini semakin ada kemajuan dan terbaik...Saksikan video di bawah....

Berakhir lah persembahan pada minggu ketujuh ini, keputusan telah diputuskan oleh juri Najib Ali. Pada minggu ini  penyingkiran telah di buat ialah Sabon telah tersingkir.


Shah Alam Peaceee Yoooo.... :) Minggu hadapanMaharaja Lawak Mega 2012 akan membuat perswembahan di Terengganu....

Selamat Tahun Baru 2013 istimewa fotografi wedding

$
0
0
Tak terasa tahun 2012 akan segera berlalu untuk ke tahun baru 2013. Tahun ini ‘kan berlalu, laksana anak panah terlepas dari busurnya. Sinar baru di tahun yang akan datang, semoga menjadi lembaran baru yang lebih baik. Selamat tahun baru 2013, semoga lebih maju dan sukses.

Masa lalu adalah sejarah, hari ini adalah goresan, hari esok adalah harapan. Selamat datang tahun baru 2013 Seiring dengan perginya kenangan, menyambut harapan. Selamat tinggal kenangan, selamat datang harapan.

Bersama-sama dalam menanam azam tahun baru ke arah membina masa depan Malaysia yang lebih cerah. Bersama-sama juga untuk menjadikan impian kita dan semua ini suatu realiti.

Selamat Tahun Baru 2013

Tawaran istimewa untuk bakal pengantin 2013, Satu PROMOSI gila gila utk anda. Pakej Promosi 2013 RM 1000.00 net

*Untuk 10 Terawal sahaja
*Siapa cepat dia dapat Tiada caj pengangkutan untuk kawasan sekitar Lembah Klang

Klik dan like facebook.com/AfrizalAmininPhotoWorks dan PM utk maklumat lebih lanjut. AfrizalAminin Photo Works afrizalaminin.blogspot.com


Permulaan 2013

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T, sudah lama bersawang blog saya ini, 3 bulan lama saya tidak update blog ini disebabkan sibuk bercuti, bekerja dan sibuk belajar tentang fotografi, manipulasi foto dan sebagainya.

Saya berkesempatan menulis tentang apa yang saya buat selama ini dan ingin berkongsi kepada semua orang  perjalanan hidup saya pergi bercuti ke Thailand, balik daripada Tahiland saya belajar foto wedding dan manipulasi foto.

Lima hari saya berada di Phuket, Krabi. Hatyai, Songkhla dan Danok. Ini lah kali pertama kami sekeluarga  bercuti di luar negara dengan menaiki sebuah van dari Kuala Lumpur ke Thailand.

Mungkin lain kali kami akan pergi menaiki kapal terbang, sebab walaupun van ianya adalah mewah dan selesa, kami tidak tahan duduk terlalu lama selama 12 jam.

Sekali tambang pergi dan balik semuanya RM 4000.00, ada 12 tempat duduk dalam van. Tidak termasuk pakej tempat penginapan.  

Van Thailand kami sekeluarga 
Kami sekeluarga di Pantai Krabi, Thailand
Anak saya Affan tanpa segan silu berjalan sana sini, dengan selesa dalam cuaca yang amat baik di Ao nang Thailand
Saya berada di Flood Market  bangkok , Thailand
kami berada di Songhkla Thailand, sedang bermanja dengan kucing hehe...
Banyak gambar yang lain saya ambil di sana telah masuk di Facebook. Lima hari kami di sana memang sangat memenatkan dan amat seronok sekali.

Pengalaman saya berada di sana saya syorkan pada anda sekeluarga, Phuket dan Krabi tidak sesuai untuk bercuti bersama anak-anak kerana tempat seperti itu adalah sangat bebas pergaulan, penampilan dan sebagainya.

Kami sekeluarga tidak tahu bagaimana tempatnya seperti itu, maklumlah kali pertama kami bercuti di sana, alhamdulillah percutian kami berjalan dengan lancar dan selamat pulang ke tanahair.

Seminggu selepas bercuti di Thailand saya dipanggil untuk mengambil gambar kahwin di Kuala Kangsar dan Tapah Road.

hasil gambar dari saya untuk pengantin perempuan di Kuala Kangsar 18mm 1/100 F22 ISO 100
hasil gambar saya di Kuala Kangsar 50mm 1/60 f1.8 ISO 200
Hasil gambar saya di Tapah Road Pengantin Lelaki 50mm 1/60 f1.8 ISO 200
Hasil gambar saya di Tapah Road pengantin lelaki  50mm 1/400 f 1.8 ISO 200
Ini lah hasil gambar yang saya pelajari dalam foto wedding. memang sangat memenatkan apabila membuat pengambaran satu hari suntuk.

Banyak gambar saya update di Facebook, saya menerima kritikan daripada beberapa photographer senior pada gambar saya tidak seberapa ini. Saya akan cuba pertingkatkan dan belajar lagi...

Saya bukan sahaja seorang Freelance Photographer, saya juga berminat memanipulasikan foto seperti Kuku besi yang terkenal di Malaysia ini.

Untuk permulaan memanipulasi gambar ini. saya selesai edit gambar perkahwinan saya sebagai pahlawan bersama seorang perempuan di dalam hutan.

Hasil manipulasi foto 100% siap 
InsyaAllah saya akan kembali aktif berblog mulai bulan ini. Lagi pun saya sedang belajar untuk peningkatan diri pada tahun ini. Saya juga akan cuba membuat perniagaan kecil kecilan, biar lambat usaha itu tangga kejayaan, insyaAllah....

Contest kaca mata PapaMifz.com

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T. Di sini saya telah menyertai sebuah contest yang amat menarik dan simple sekali dianjurkan oleh PapaMifz.com. Walaupun lewat saya tahu mengenai contest, alhamdulillah saya berepeluang menyertai contest ini sebelum tarikh tutup 15 Mac 2013 ini..

Saya mula berminat memakai cermin mata hitam sejak saya mempunyai kereta pada tahun 2005. sambil memandu masalah penglihatan akan timbul di waktu siang dengan sinaran cahaya matahari.

Saya tidak suka memakai cermin mata hitam terlalu lama kerana ia membuat kan mata saya menjadi lesu, akibat ini membuat kan saya mengantuk apabila memandu. Mungkin sejuk penghawa dingin di dalam kereta. Untuk mengelakkan ianya berlaku saya memakai setiap 2 jam sekali untuk merehatkan mata.

Saya mempunyai bingkai dan kaca mata Rayban Aviator 3025 Gold Green saiz (L). Saya membeli produk ini melalui online, ianya tidak terlalu mahal, ada grade, ada UV Protected. Anda boleh cari di laman sini.

Ianya selesa dipakai, mempunyai kotak keras, kain pembersih. Kanta kaca mata tidak mudah calar dan mudah dibersihkan. Harganya tidak lah mahal sangat dan tidak lah murah sangat, hanya RM70.00 sahaja melaui online.

Pengalaman manis dan best sekali ketika saya berjalan di pantai teluk kemang Port Dickson, Pemandangan yang amat sesuai sekali dan selesa  dibawah sinaran cahaya matahari. Melihat ombak di laut bersinar-sinar seperti berlian.


Dan sekarang yang tak bestnya, anak saya pula sangat berminat memakai kaca mata hitam ketika saya memandu kereta. Walaupun saya mempunyai sebuah lagi baru, anak saya Muhammad Affan 2 tahun tidak membenarkan saya memakai. Anak saya sangat cemburu. Takper untuk anak saya saya sanggup kecik mata sambil memandu hehe...

Projek Manipulasi gambar

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T, Saya sekarang sibuk kemas kini dan menghasilkan gambar perkahwinan untuk rakan baik saya.

Dalam waktu yang sama tapi berbeza dalam hari, saya juga menghasilkan manipulasi gambar, baru sahaja 4 bulan mempelajarinya  sejak mulanya jadi seorang jurugambar.

saya mula berminat apabila tertarik dengan empayar Kuku Besi yang tersohor di Malaysia kini. Banyak saya pelajari daripada otai ini, tips yang sangat bermanfaat daripada FB beliau yang boleh dijadikan panduan.

saya baru sahaja menghasilkan manipulasi gambar anak saya Affan. Bagi yang tidak tahu gambar saya hasilkan adalah manipulasi semata-mata, bukan gambar sebenar.

Orang kata menjadi seorang jurugambar kini adalah tren baru dunia seni manipulasi gambar. Mungkin jarang yang boleh memanipulasi. Ia perlu imaginasi yang tinggi.

Hasil Gambar Manipulasi anak saya Affan.

Setia bersama Canon 500D

$
0
0
Assalammualaikum,
Bergambar adalah satu hobi saya apabila ada masa lapang, kadang-kadang mengikuti perkembangan mentor saya seperti aktiviti perkahwinan dan sebagainya.
Saya juga sangat meminati memanipulasi gambar, tiap-tiap hari apabila berada di rumah saya akan menghasilkan satu gambar.
Setiap hari saya melakukan aktiviti ini bagaikan ilusi, realiti dan fantasi. Semakin dekat di hati kamera lensa saya miliki ini, padahal kamera biasa jer. Canon 500D 18-55mm kit lens dan 50mm potrait lens.
Mentor saya adalah yang terbaik, beliau memiliki 1D Mark III Canon. Tahap otai dan professional lagi disegani. Beliau seorang photographer yang tidak kedekut ilmu baik hati prihatin dan paling best sekali tidak kedekut pinjam barang lensanya.
Walaupun kamera saya hanya 'basic entry level' sahaja ianya boleh dikendali seperti professional. Tidak penting pun kamera murah atau mahal yang penting ada skill, itu lah kata mentor saya.
Saya berpengalaman selama 3 tahun dan sedang belajar lagi kendali kamera canon ini.

Dijangka 5 tahun lagi (cukup syarat untuk diri sendiri) saya akan kendali kamera basic ini sepuas puasnya untuk mencapai dan layak memiliki sebuah kamera semi-pro atau professional
InsyaAllah...:-)

Pengaruh drama dan filem

$
0
0
Apa situasi anda apabila anda berada di rumah, yang sudah berumah tangga, mahu pun yang masih bujang, baik lelaki atau perempuan, muda atau tua, semua sedang merasa situasi ini.

Setiap hari apabila berada di rumah, tak kira la anda baru balik dari kerja, bersantai di rumah pada hari minggu, sedang melayan cerita-cerita seperti berikut :

filem Indo → anak tertukar-tukar
film Hindustan → sikit-sikit joget
filem Korea → sikit-sikit nangis
filem Omputih → sikit-sikit kiss
filem Tamil → sikit-sikit hero tunjuk kuat
filem Cina → Sikit-sikit lawan
filem melayu → sikit-sikit iklan

Betul ke apa saya yang saya fikir kan??kalau salah tolong perbetulkan, ini adalah spekulasi saya sendiri...

Situasi saya sekarang isteri saya selalu menonton filem Korea channel Astro ONE HD 393, dan masalah saya hadapi sekarang terpaksa melayan cerita begini kerana tidak kena dengan jiwa saya...

kenapa ada babak yang selalu membuatkan awan menjadi hitam lalu hujan turun dengan lebat, hanyut ke laut...terus terang saya berjiwa keras, jiwa "punkers".

Kerana saya sayang isteri saya, dengan ini saya sedang cuba belajar menikmati drama seperti ini, tetapi mustahil hati saya boleh berubah dan tak mungkin keajaiban akan berlaku pada diri saya.


Super Spontan Akhir 2013 Video Penuh

$
0
0
Tahun ini Super spontan akhir 2013 telah diadakan di Sungai Petani Kedah. Pengumuman juara telah ditentukan memang tidak diduga lagi adalah Jep Sepahtu. TAHNIAH JEPP...

Saya sangka tahun ini Johan yang akan menang kerana lawaknya lebih menyerlah lagi. Beliau sendiri menyokong Jep Sepahtu akan menang tahun ini, alasan nya mahu masuk sebagai peserta lagi Super Spontan yang akan datang hehe...
gambar credit www.illustrasiaku.com
Berikut adalah keputusannya dan video penuh di bawah: credit guatv.com

JUARA : JEP - 100,00- SERTA SEBUAH TOYOTA ALMERA
Naib Juara : Johan – RM50,000
Ketiga : Nabil – RM25,000
Keempat :
Yus – RM5,000
Kelima : Rahim – RM5,000
Keenam : Tauke – RM5,000

Video 1
Video 2
Video 3
Video 4
Video 5
Video 6
Video 7
Video 8
Video 9
video 10
Video 11
Pengumuman Juara Super Spontan 2013

(Video) Maharaja Lawak Mega Minggu 1 2013

$
0
0
Minggu lepas gelanggang "kerusi panas" Maharaja Lawak Mega telah pun berlangsung. Seramai 11 kumpulan masing-masing berentap untuk mendapat kan peringkat seterusnya....

Kumpulan MAMU, GERAK dan ZERO telah berjaya ke peringkat seterusya, Hanya 3 peserta sahaja yang layak bagi melengkapkan 16 peserta di Maharaja Lawak Mega 2013 ini.

Antara peserta akan berentap minggu ini:

SAYWHO
TULANG
SYJ
JAMBU
BOBOI
SHIRO
NABIL
SEPAHTU
WALA
BOCEY
OSAMA
COMEY
KUCAI
MAMU
ZERO
GERAK

Minggu ini keputusan penyingkiran telah di buat ialah kumpulan GERAK tidak dapat meneruskan ke peringkat seterusnya...saksikan video di bawah

Kumpulan GERAK tersingkir minggu 1 di Maharaja Lawak Mega 2013

PART 1 MAMU


PART 2 BOCEL


PART 3 NABIL


PART 4 TULANG


PART 5 BOBOI


PART 6 OSAMA


PART 7 KUCHAI


PART 8 WALA


PART 9 GERAK


PART 10 SHIRO


PART 11 COMEL


PART 12 SYJ


PART 13 JAMBU


PART 14 SAYWHO


PART 15 ZERO


PART 16 SEPAHTU


Dua tahun blog bersawang

$
0
0

Assalammualaikum W.B.T

Sudah lama saya tidak update blog ini, hampir 2 tahun saya menyepi, saya sibuk menjalankan perniagaan sebagai jurugambar dan membuat design custom album.

Alhamdulillah ini adalah baru permulaan perniagaan kecil saya, kadang- kadang saya membuat pastri apabila ada orang membuat tempahan.

Sudah 2 tahun juga saya tidak membayar domain name blog ni, minta maaf pakcik google saya akan membuat bayaran pada godaddy nanti. Terima kasih kerana memberi peluang saya meneruskan lagi dunia blog ini, lagi pun sayang sungguh nama website saya sudah mendapat page rank 1. inshaAllah saya akan teruskan lagi tingkatkan keupayaan page rank nanti.

Saya telah menghadapi bermacam- macam tohmahan dalam masa dua tahun ini, terutama sekali saya hampir gagal mengawal fizikal dan mental tentang kerjaya dan keluarga saya. Keadaan saya menjadi murung dari tempat kerja hingga ke rumah. Isteri saya sentiasa bersabar atas sikap- sikap saya. Saya sentiasa berzikir setiap hari dan cuba mengawal. Isteri saya tidak putus-putus memberi semangat pada saya.

Alhamdulillah keadaan sekarang sangat terkawal, walaupun masih lagi tekanan saya telah mempelajari sentiasa redha dan mengubah saya pada kehidupan yang lebih baik. Setiap hari juga saya mengikuti aktiviti jamming selepas kerja, itu sangat memberi kepuasan dan dapat menjauhkan dari segala fikiran runsing.

Saya akan mulakan balik dalam penulisan blog ini, rindu dengan kawan- kawan blog saya yang lain, inshaAllah saya akan rajin singgah semula ke blog kawan-kawan.

Puting beliung mungkin berlaku di Putrajaya dan Kuala Lumpur

$
0
0

Asslammualaikum W.B.T

Dunia selalu menggegarkan bencana alam seperti tsunami, banjir dan pelbagai lagi.

Terlebih dahulu marilah kita terokai tentang ayat Al-quran mengenai bencana alam

Surah Ar-Rum, ayat 41 yang bermaksud:

“Telah nampak kerosakan di darat dan laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian daripada (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).”

Amaran Allah kepada manusia disebabkan atas perihal buruk berlaku akibat melanggar amanah supaya menjaga alam ini. Wallahualam banyak lagi petikan dari ayat Al-quran, sekadar peringatan kita bersama memberi kesedaran tentang bencana alam ini.

Sumber dari rakan whatsapp

Jabatan Metreologi Malaysia

menasihatkan agar semua warga Kuala Lumpur dan Putrajaya agar merancang perjalanan pulang dari tempat kerja dengan baik pada 27, 28, 29 dan 30 Oktober 2014. Dijangkakan ribut petir dengan angin selaju 80-100 km jam bersama hujan lebat akan melanda Kuala Lumpur dalam tempoh tiga hari tersebut pada setiap waktu petang. Dibimbangi pusaran puting beliung boleh berlaku dengan kelajuan angin seperti itu. Elakkan daripada terperangkap dalam kesesakan lalulintas, kawasan pokok dan kawasan mudah banjir. Sekian

http://www.met.gov.my/index.php

walluahalam....

gambar hiasan dari google

Band Kampung The Rhythm

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Saya mempunyai sebuah band yang tidak lah berapa hebat sangat, ia hanya mampu mengkagumi pada ahli seni muzik dan dapat sokongan penuh dari segi kekreatifan kami.

Kampung The Rhythm dari Stor Material Spesifik Polis DiRaja Malaysia. Pengasasnya adalah Ketua Penolong Pengarah (Pusat Bekalan Polis) Jabatan Logistik ACP Shukri Bin Abdullah kerana menjayakan kami menjadi sebuah kumpulan yang membina dan berwibawa.

The Rhytm, kami baru sahaja ditubuhkan pada bulan Februari 2014 dan sudah membuat 'opening performance' di hotel Palace Of Golden Horses.

bersama hilmi gimik di POGH

Kami telah berjaya membuktikan yang kelengkapan muzik kami mampu menarik minat ramai, walaupun ianya tidak berapa hebat, dari segi kreatif kami bermula pada drum hanya dengan tong sampah sahaja. Mampu menghasilkan bunyi yang unik dan sebuah lagu.

Kami tidak sangka dan kali pertama kami semua berjaya melangkah ke atas pentas secara langsung di hadapan Pengarah Jabatan Logistik YDH Dato' Pahlawan Logistik Bukit Aman walaupun kumpulan kami baru dimulakan dan membuat latihan selama 1 bulan pada ketika itu. 

Drum yang menggunakan tong sampah

Sehingga kini kami semua telah membuat persembahan sebanyak empat kali di jabatan PDRM sahaja dan telah mempunyai drum baru, tetapi tidak semestinya tong sampah tidak pakai untuk persembahan akan datang kerana band kami popular disebabkan  bunyi tong sampah yang unik. Sudah pasti permintaan ramai mahu kami bermain.

Band kami baru sahaja ditubuhkan dan inshaAllah setiap hari kami bersama jamming dapat memantapkan lagi muzik. kami ingin memperluaskan lagi membuat persembahan luar seperti kenduri kahwin dan sebagainya. Ingin membuktikan pada ahli seni muzik bahawa kami bukan calang- calangbermain muzik dan mendapat sokongan jitu. InshaAllah.

untuk mengetahui lebih lanjut tentang band kami layari facebook kami www.facebook.com/kampungbandsms

DIY Tempat letak gitar sendiri

$
0
0
Assalammualaikum W.B.T

Hari ada projek buat 'stand gitar' buatan sendiri dengan menggunakan bahan-bahan buangan atau terpakai seperti kayu palet dan lain-lain. Bak kata mat saleh DIY (Do It Yourself)

Saya mendapat idea ini dari rakan blogger ketika blogwalking dan jadikan panduan rujukan. Saya sendiri tidak pandai bertukang, jadi dengan bantuan rakan sekerja saya sendiri membantu melakukannya dan saya mencari kayu sahaja.

Jika kita lihat dari segi reka bentuknya agak biasa dan tidaklah menarik sangat. Tetapi harganya agak mahal, lebih mudah jika ada kemahiran bertukang boleh melakukan sendiri.

begini la rupa stand gitar simple je
Dari segi ukuran kayu 2 x 3 inci dan potong hujungnya 45darjah serong untuk dilekatkan di papan 4 segi. Kayu yang kecil sebagai penahan untuk kukuhkan lagi dibahgian belakang. Dan kayu lain untuk dihadapan untuk mengelakkan dari menggelongsor atau penahan.

ini lah dia stand gitar dengan tukangnya.Wak jawa
Sekarang sudah siap direka, tunggu beli 'piller' dan cat syelek. Reka bentuk ikut citarasa anda sendiri, ada yang lebih menarik seperti blogger ini . Simple kan? reka cipta sendiri lebih puas hati dari membeli. Tetapi jika citarasa anda tinggi mahu lebih cantik, lebih baik beli supaya ia kelihatan professional.
Viewing all 48 articles
Browse latest View live