Ini cerita ringkas saya, pernah anda tertipu dalam kerja-kerja internet, kononnya ia menjanjikan anda mendapat keuntungan besar, terjamin 100% menjadi kaya raya dalam masa sebulan.
Pengalaman saya hampir tertipu dalam dunia internet, ketika itu baru nak celik I.T pada tahun 2008. Saya ingin membuat kerja sambilan di rumah dan membuat carian di google '
kerja sambilan di rumah'. Saya terlihat satu web yang amat tertarik perhatian saya.
Pengiklanan Kerja Menaip Di Rumah Ini lagi satu penipuan yang memang menjengkelkan. Kerja menaip di rumah konon.. Tak guna cakap banyak, kita tengok contohnya:
Saya telah bertemu seorang usahawan pakar eBay Malaysia Sifu Lan (mungkin anda kenal anda boleh lihat gambar saya bersama beliau di sini
Worldless Wednesday #5 - Beraya dengan otai IM, dia lah yang memberitahu saya menafikan benda ini adalah satu cara penipuan yang amat mudah. antara berikut adalah.
1) Kerja kosong menaip di rumah diiklankan.
2) Mangsa menghubungi pihak yang mengiklankan.
3) Mangsa akan diminta untuk melakukan pembayaran sebagai kos bahan kerja.
4) Bayaran serendah RM30 dan setinggi RM380.
5) Bahan kerja di poskan setelah bayaran diterima.
6) Mangsa membuka bahan kerja yang diberikan.
7) Apabila di buka tugas dilakukan adalah menaip semula iklan yang sama dan iklankannya kemudian tunggu respon orang lain pula.
8) Dapat respon, hantar semula ‘bahan kerja’ dan 'wash' and 'rince'.
9) Hmm…patutlah namanya kerja kosong menaip di rumah, rupanya menaip semula apa yang diiklan dan cari mangsa baru…
10) Sentiasa berulang-ulang benda yang sama.
11) Kerja kosong menaip ke macam tu?
12) Anda pun boleh fikir sendiri kan…
Perkara seperti diatasaini lebih baik saya menjual mesin taip jer...
Saya mengikuti perkembangan Sifu Lan buat duit dalam dengan eBay sahaja. Alhamdulillah hasil saya membuat eBay memang lumayan. Ketika itu lah saya hanya percaya buat duit internet adalah eBay sahaja.
Ketika tahun 2009 saya bermula pula berblog, mulanya saya hanya suka-suka sahaja berblog sehingga sekarang saya bertemu blogger-blogger hebat
3 blog pilihan terbaik dalam dunia internet ini saya mula belajar untuk cuba membuahkan hasil. banyak saya pelajari dari blog mereka.
Semoga anda mendapat banyak pedoman dan iktibar daripada apa pengalaman saya ini. Saya manusia biasa yang tidak terlepas dari kesilapan.
Hati-hati jangan terpedaya.